Sabtu, 5 November 2011
Renungan
“Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan:
1.Umurnya (yakni masa-masa di sepanjang umurnya); bagaimana ia habiskannya?
2.Ilmunya; bagaimana ia amalkannya?
3.Hartanya; dari mana ia perolehi dan cara mana ia belanjakannya?
4.Tubuh-badannya; bagaimana ia gunakannya?
(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Barzah Nadhlah ibn ‘Abid al-Aslami)
CARA AL-QURAN DITURUNKAN
Di sini saya ingin menceritakan kepada sahabat sekalian dengan ringkas tentang bagaimana Al-Quran diturunkan ke dunia ini. Al-Quran adalah kitab suci yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang mengandungi petunjuk-petunjuk bagi umat manusia. Al-Quran diturunkan untuk menjadi pegangan bagi mereka yang ingin mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Tidak diturunkan Al-Quran itu hanya untuk suatu umat atau suatu abad, tetapi untuk seluruh umat manusia dan untuk sepanjang masa. Kerana itu luas ajaran-ajarannya adalah sama dengan luasnya umat manusia. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara beransur-ansur selama 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari menerusi perantaraan malaikat Jibrail. Surah pertama yang diturunkan ialah surah Al ‘Alaq, yang mana diturunkan ketika nabi berusia 40 tahun pada 15 Ramadhan.
Ayat Al- Quran tidak diturunkan sekali gus, ia diturunkan bergantung kepada keperluan keadaan. Al-Quran dibahagikan kepada 30 bahagian atau 30 juz. Terdapat 114 surah yang mengandungi 6236 ayat, 86430 perkataan dan 323,760 huruf Arab. Pernahkah kita sebelum ini ambil tahu tentang jumlah surah, ayat dan perkataan di dalam Al-Quran? Apatah lagi isi kandungan di dalamnya yang banyak pengajaran, nasihat dan peringatan serta perkara yang masih manusia tidak dapat huraikan sehingga ke hari ini..jadi
Tepuk dada bukan tanya selera, tetapi tanyalah Iman kita…
Langgan:
Ulasan (Atom)