Talian..
pernahkah anda bayangkan apabila berdoa, lalu muncul pertanyaan seperti ini:
"trma ksh. anda tlh menghubungi Baitullah. sila tekan 1. utk MEMINTA tekan. 2. utk BERSYUKUR. tekan 3. utk MENGELUH. tekan 4. utk PERMINTAAN LAIN-LAIN."
mgkin juga anda akn mendengar ayat2 seperti ini " maaf. ketika ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. diharap anda sabar menunggu. panggilan anda akn dilayan sebentar lagi!"
cuba bayangkan smasa berduka dan inginmengadu kepada-Nya, anda mendapat respon begini.
"jika mahu berbicara, tekan 1. utk bercakap dgn Malaikat Mikail. tekan 2. utk bercakap dgn malaikat yg lainnya. tekan 3. jika mahu membuat aduan @ tekan 4, jika mahu membuat pertanyaan tntg syurga dan neraka!"
atau mgkin anda akn mendengar bunyi begini:
"sistem kami meunjukkan anda tlh memanggil lbh drpda sekali pda hri ini. sila cuba lagi di kemudian hari!"
blh jdi anda terdengar kata2 sperti ini: "pejabat kami d tutup pada hujung minggu. sila hubungi semula pada hri berikutnya!"
jwpan2 sbegini mgkn tdak asing dlm kehidupan seharian kta. namun, adakah ia satu jawapan yang akan anda terima sewaktu mendail nombor2 Allah?
sudah tentu TIDAK. Allah amat mengasihi kita.setiap masa kita boleh 'menelefon-Nya dan membuat aduan pda bila2 msa dan Allah sntiasa mendengar aduan kita tanpa sebarang had.
apabila kta mendail talian Allah, tiada istilah 'talian sibuk'. Allah menerima stiap paggilan dari hamba2-Nya tanpa mengira waktu dan amat mengetahui siapakah para pemanggil-Nya itu.
talian 24434 adalah talian yang paling mudah utk anda mendail-Nya. mengapa 24434?
2 rakaat - subuh
4 rakaat - zuhur
4 rakaat - asar
3 rakaat - maghrib
4 rakaat - isyak
yang pasti, talian Allah ini adalah secara terus, telus, tanpa operator, tanpa pengantara, tanpa tinggalan pesanan dan tanpa sebarang bayaran bil.
jumlah taliannya juga terlalu bnyk, tidak akan wujud istilah 'talian sibuk' , d buka 24 jm sehari, 7 hri sminggu shingga hayat kita akhirnya kembali kpda kepada-Nya.
sebenarnya, inilah talian wajib anda dail setiap hari. sayangnya ramai yang mengabaikan talian Allah ini kerana manusia lebih tergoda talian duniawi meskipn kadangkala tidak mendapat jawapan, dibalas mesin suara dan tiada kawasan liputan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan